Wakaf Majalah

PAKEJ Wakaf Langganan Majalah

Program Beli Majalah & Wakaf ini bertujuan menggalakkan orang ramai menjadikan majalah sebagai salah satu medium wakaf bagi manfaat umat. Secara tidak langsung, program ini menggalakkan mereka yang berkemampuan untuk beramal, di samping memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menimba ilmu.

Bagi memudahkan proses wakaf majalah ini, Galeri Ilmu Sdn Bhd melalui laman web iaitu www.galeriilmu.com akan memproses pembelian  majalah daripada orang ramai bagi diwakafkan seterusnya menghantar majalah yang diwakafkan itu kepada mana-mana masjid, surau, sekolah, rumah anak yatim, atau lain-lain institusi samaada yang dipilih oleh pewakaf atau sebaliknya.

Semoga program wakaf majalah ini menjadi salah satu lagi cara bagi umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.



Showing 1 to 4 of 4 (1 Pages)