Perang Armagedon

  • RM22.00 RM18.70

 (0 reviews)
  • Brand: WEB SUTERA
  • Product Code: GB0285
  • Availability: In Stock
- +

Judul: Perang Armagedon

Penulis: Web Sutera

Tebal: 480 ms

ISBN: 978-983-097-467-5

Kod: GB0285

Harga: RM 22.00 / RM 24.00

 

SINOPSIS:

Fateh Sa'adi dan makhluk hijau yang masih hidup itu menatap mata masing-masing, menunggu gerakan musuh. Sementara itu, dua tentera

cyborg menjauh sedikit tetapi masih kekal bersiaga. "Siapa kau sebenarnya?" Fateh Sa'adi bertanya.

"Sudah gaharu cendana pula. Manusia mudah lupa!" Makhluk itu bernada keras. Fateh Sa'adi teringatkan sesuatu. Namun Hassan Sijic melompat dan menerjah.

Pedang dihayunnya sepenuh tenaga ke wajah makhluk hijau itu. Akan tetapi, sebelum mata pedang dapat mendarat ke sasaran, sang hijau itu cepat mengayunkan

cakarnya dan memukul pemuda Bosnia itu. Tentera cyborg itu terhumban ke dinding kaca.

Kemudian, makhluk hijau itu menembak bebola api ke arah Fateh Sa'adi.

Namun, dapat dielak dengan menerjah ke dinding dan melonjakkan tubuhnya ke atas. Semasa di udara, Fateh Sa'adi terdengar sesuatu

benda jatuh di belakangnya. Gedegang!! Prak, prak!!

Beberapa ketika kemudian, satu dinding besar roboh. Lalu, terbukalah piramid itu sehingga cahaya siang memancar masuk ke dalamnya.

"Apa yang terjadi?"

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good