Usahawan Akhirat - OUT OF STOCK

  • RM26.00 RM22.10

 (3 reviews)
  • Product Code: GB0401
  • Availability: In Stock
- +

JUDUL : Usahawan Akhirat
PENULIS : Muhd Kamil Ibrahim & Mohd Zaini Ariff
ISBN : 978-983-097-511-5
TEBAL : 368 ms
HARGA: RM26.00 / RM28.00 Sabah & Sarawak


SINOPSIS :

Usahawan Akhirat secara pintar melihat dunia hanya sebagai singgahan sementara. Mereka berniaga di dunia. Keuntungannya boleh dinikmati di dunia
dan lebih mewah lagi di akhirat. Sebaliknya, perniagaan semata-mata atau melebihkan secara melampau kehidupan dunia boleh menyebabkan mereka menggigit jari ketika berhadapan dengan Allah pada hari penghakiman.

Penghakiman Allah sangat jelas, yang mana ada yang menerima balasan syurga dan selebihnya akan berhadapan dengan azab seksaan api neraka
sebelum dikembalikan ke syurga atau terus kekal selama-lamanya di sana. Namun bagi mereka yang berfikir pilihan istimewa yang sepatutnya dikejar
ialah memasuki syurga tanpa dihisab. Mereka tidak perlu menunggu lama.

Realitinya, walaupun diingatkan berulang kali tentang kewujudan negeri akhirat yang kekal abadi, manusia masih menyangka dunialah yang perlu diperjuangkan sesungguh hati. Mereka tidak mengendahkan kepentingan hakiki. Umumnya, mesej yang ingin disampaikan adalah aspek
ketuhanan yang telah
dilalui oleh kedua-dua penulis melalui latar berbeza.

Ya, kita berniaga di dunia namun perniagaan menuju akhiratlah yang akan menyebabkan kehidupan itu mempunyai harga luar biasa dan ketahuilah perniagaan yang tidak pernah merugikan ialah berniaga dengan Allah!

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good