Hearts App

  • RM18.00 RM15.30

 (0 reviews)
  • Product Code: GB400
  • Availability: In Stock
- +

Pesanan melalui online/website akan dihantar segera apabila kami menerima stock buku.  Harap maklum.


JUDUL:
Hearts App

PENULIS: Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari

ISBN: 978-983-097-612-9

KOD: GB 0400

HARGA: RM 18.00 / RM 20.00

TEBAL: 168 ms


SINOPSIS

HeartsApp ini lahir dari usaha mengumpulkan beberapa kalam nasihat yang di kutip daripada para guru dan masyaikh penulis. Kebanyakan kalam nasihat ini menjurus kepada pendisiplinan hati dan rohani kerana manusia terdiri daripada elemen zahir dan batin. Namun dewasa ini, kebanyakan manusia hanya menumpukan bahagian zahir atau luarannya sahaja dengan mengabaikan elemen batinnya yang berupa pembangunan rohani, pembinaan hati dan penjernihan jiwa.


Seharusnya kita tanam dalam diri jika mengharapkan ketinggian dan kemuliaan di sisi Allah di dunia dan di akhirat, maka utamakanlah sesuatu tempat yang dipandang Allah pada diri kita iaitu HATI. Kita akan tinggalkan dunia ini dan perhisaban dan perhitungan akan diambil seorang demi seorang. Seluruh apa yang terkandung dalam hati akan diselongkar Allah dan akan didedahkan di hadapan kita. Hari tersebut ialah hari yang tidak lagi akan bermanfaat seluruh harta kekayaan dan anak-anak kita. Hanya yang akan selamat pada hari itu adalah yang datang berjumpa Allah SWT dengan hati yang sejahtera.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good