KUCH KUCH

  • RM20.00 RM17.00

 (0 reviews)
  • Product Code: BP005
  • Availability: In Stock
- +

JUDUL: KUCH KUCH

PENULIS: Jejak Maududi

ISBN: 978-983-097-625-9

KOD: BP0005

TEBAL: 272 ms

GENRE: Buku PURIS

HARGA: RM 20.00 / RM 22.00


SINOPSIS


"SESUATU SEDANG BERLAKU

Kalau hidup untuk bersedap-sedap,

belum lengkap tugas seorang hamba.

Tak peka dengan problem umat,

kelak sentap disoal Tuhan."


"Musuh Islam hari ini bukan lagi mahu mengeluarkan kita daripada Islam tetapi cukuplah dapat menjauhkan kita daripada Islam."


=======================

Buku PURIS yang kelima ini, KUCH KUCH membawa maksud Sesuatu sedang berlaku! Sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada kita dengar atau tidak. Sesuatu sedang berlaku. Umat sedang kronik! Penulisan buku ini merupakan sumbangan artikel daripada ramai penulis muda yang merupakan anak-anak Malaysia yang kini berada di bumi India melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian.

Bagi menggalas tanggungjawab sebagai seorang daʽi juga dalam merealisasikan amanah ini, para penulis menjadikan buku ini sebagai citra dan kisah mereka bersama. Harapan mereka agar para remaja dan anak-anak muda yang lain akan sama-sama bangkit dan sedar akan apa yang sedang berlaku! Kerana buku ini menceritakan tentang hidup kita semua.

Penulis-penulis ini menggelarkan diri mereka sebagai Jejak Maududi. Sempena nama ulama ulung di bumi India iaitu Abul Ala Maududi, seorang ulama India-Pakistan. Sedikit sebanyak, suasana di bumi India ini telah banyak mentarbiah mereka. Dengan jejak ini, mereka mengangkat pena!



Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good