COCONUT SHAKE SATU!

  • RM20.00 RM17.00

 (0 reviews)
  • Product Code: BP0007
  • Availability: In Stock
- +

JUDUL: COCONUT SHAKE SATU!

PENULIS: Fedtri Yahya

ISBN: 978-983-097-638-9

KOD: BP0007

TEBAL: 192 ms

HARGA: RM 20 / RM 22



SINOPSIS


Memandang sinis tanpa memahami. Mencerca tanpa mendoakan kebaikan. Menjauhi tanpa rasa belas untuk membantu. Kita alpa dan lalai dengan nikmat kesenangan.


Subuh … mengantuk

Zuhur … kekenyangan

Asar … kesesakan

Maghrib … keletihan

Isyak ... kesibukan


Buku Puris yang ketujuh ini, COCONUT SHAKE SATU! merupakan nukilan penulis yang wajahnya sering muncul dalam mengacarakan beberapa program di kaca Tv, Ahmad Fedtri Yahya.

Beliau mencoretkan beberapa buah artikel serta puisi yang sinonim dengan bahasa puitis yang digunakan olehnya semasa bersiaran, beliau mengharapkan ada yang mengutip inspirasi dari apa yang ditulis juga ada yang mengambil iktibar dari apa yang dikarangnya.


Sepanjang menulis buku ini, tak terhitung jumlah insan bermanfaat yang di temui beliau. Di rumah sudah pasti. Di pejabat juga sama. Di perjalanan bertambah lagi. Di majlis ilmu apatah lagi. Alhamdulillah, hidup ini dikelilingi manusia positif yang kuat memancarkan aura keikhlasan mereka.

Dengan menulis, Fedtri Yahya berharap ilmu yang ada itu tidak akan statik dan akan terus berkembang, biar sedikit, asalkan jejak ilmu terus berputik. Semoga tulisan ini memberi gerimis manfaat buat kalian. 


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good