MAGEDDO: PETAKA AHZAB

  • RM20.00 RM17.00

 (0 reviews)
  • Product Code: BP010
  • Availability: In Stock
- +
JUDUL: MAGEDDO: PETAKA AHZAB   
PENULIS: Web Sutera
ISBN: 978-983-097-638-9
KOD: BP0010
HARGA: RM 20.00 / RM 22.00
TEBAL: 264 ms


Novel ketiga bagi Trilogi Armagedon oleh Web Sutera.


SINOPSIS:

Buku PURIS ini, MAGEDDO: PETAKA AHZAB karya oleh penulis WEB SUTERAmerupakan novel ketiga bagi Trilogi Armagedon. Kesinambungan dari dua novel sebelumnya, PERANG ARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON.
Novel ini meneruskan sebuah epik perjuangan bangsa. Perang dan petaka masa hadapan ini berlaku akibat daripada konspirasi Zionis-Yahudi yang berterusan memacu dendam Ahzab untuk memenuhi ramalan muncul sebagai kuasa baharu dunia. Pertempuran berlaku dengan para Mujahid Islam yang berjuang menentang gerembolan Zionis-Kabbalah yang mengadu domba ini.

Manusia dan jagat menjadi rosak rentetan daripada perang berdarah. Muncul Islam di persada dari bumi anbiya, melayari horizon buana kemanusiaan atas nama jihad atau mati syahid. Petaka yang tiada belas kasihan ini terhampar dari Palestin dan Al-Quds sehingga ke Nusantara, termasuk juga petaka Yakjuj dan Makjuj ke dunia ghaib.

Mulai muncul kesedaran banyak pihak yang selama ini menuding jari kepada ‘teroris Islam’, bahawa ia hanyalah propaganda Zionis-Yahudi yang berpusat di negara haram Israel. Tewaskah gerombolan syaitan dan tentera hibrid yang diketuai oleh Zionet? Berjayakah anak muda Mujahid Islam menggenggam kemenangan apabila perjuangan mereka dipandu oleh ulama sedunia?

Kisah perjuangan yang berterusan dalam naskah novel MAGEDDO: PETAKA AHZAB. Miliki novel ini dan selamat membaca!

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good